Orang IT

PHP

O
opipunya
15 Jul 2024 2 minit baca
PHP
Nota: Ada pautan afiliasi dalam artikel ini. Kalau anda beli melalui pautan tu, saya dapat sedikit komisyen — tanpa kos tambahan kepada anda. Terima kasih kerana menyokong blog ini.

Untuk membolehkan server ini melaksanakan sistem yang dibangunkan menggunakan PHP, kita perlu memasang PHP dalam server tersebut. Pada masa artikel ini ditulis, PHP terkini adalah PHP 8.3.9. Untuk memuat turun perisian PHP, layari web https://windows.php.net/download/ untuk dapatkan senarai PHP yang ada. Bergantung kepada keperluan anda, pilih versi yang sesuai. Sebagai contoh, terdapat versi lama Laravel yang hanya boleh dilaksanakan dalam PHP 7 ke bawah. Untuk tujuan artikel ini, saya akan menggunakan PHP 8.3.9.

Terdapat 2 jenis iaitu Thread Safe(TS) dan Non Thread Safe(NTS). TS merujuk kepada versi yang menyokong multi-thread. Dalam persekitaran Windows yang menggunakan Apache, adalah disarankan menggunakan Thread Safe. Jika anda menggunakan IIS atau Nginx dalam Windows, atau Apache di dalam Linux, anda boleh memilih Non Thread Safe. Thread Safe ini akan memberi kesan dalam pengurusan memory server anda.

VS16 atau VS17 pula merujuk kepada versi compiler PHP yang digunakan. Jika anda menggunakan Apache yang menggunakan Vs 16 atau 17, anda boleh muat turun PHP yang menggunakan versi VS16. Tetapi jika Apache menggunakan VS16 atau sebelum nya, pastikan kedua-dua versi adalah dari jenis yang sama. 

Selepas muatturun, unzip di dalam C: dan namakan folder kepada PHP8. Anda boleh meletakkan nama lain mengikut kesukaan anda. Selepas itu, edit file php.ini. Jika belum ada, anda boleh menggunakan fail php.ini-development atau php.ini-production mengikut keperluan anda.

Kemudian, edit file ini. Uncomment line ";extension=mysqli" jika anda menggunakan database MySQL. untuk lain-lain extension, aktifkan mengikut keperluan.

Setkan default timezone anda dengan mengubah baris ";date.timezone =" kepada "date.timezone=Asia/Kuala_Lumpur".

Secara default, PHP meletakkan saiz maksimum untuk upload adalah 2MB. Jika anda ingin menambah saiz ini, cari baris "upload_max_filesize = 2M" dan tukar 2M kepada nilai yang anda perlukan.

Kemudian, buka fail C:\Apache24\conf\httpd.conf untuk set pautan antara Apache dan PHP. Tambah baris seperti di bawah:

LoadModule php_module "C:/php8/php8apache2_4.dll"
PHPIniDir "C:/php8"
<IfModule mime_module>
    AddType application/x-httpd-php .php
</IfModule>

Cari baris di bawah dan pastikan terdapat index.php di dalamnya.

<IfModule dir_module>
DirectoryIndex index.php index.html
</IfModule>

Restart server Apache anda. Cuba laksanakan skrip PHP yang ringkas untuk pengujian.

Tag: # windows # webserver # php
Seterusnya

Ada barang yang saya jumpa dan rasa OK untuk dikongsi

Bukan review formal — tapi kalau saya guna atau rasa berbaloi, saya listkan di sini. Mana tahu berguna untuk anda juga.

Jangan Ketinggalan
Dapatkan panduan baru terus ke e-mel anda
Tiada spam. Berhenti langgan bila-bila masa.
O
Ditulis oleh
opipunya

Tulis apa yang saya buat, cuba, dan jumpa. IT, AI, kebun bandar, dan benda-benda harian lain.